BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu vs Misteri Jalan Lama

Friday, December 02, 2011

Weekends come again. So cadang2 sabtu ni nak p tengok wayang la, maybe p QueensBay kot kat GSC tu haa…Mulanya nk tengok Misteri Jalan Lama, tut tut tut..ada plak Filem Ombak Rindu..konfius2 tak tau nk tengok mana satu, dua2 filem pon suka..takkan nk tengok2 in the same day kot..da p kena bwk anak2 mama ni..mesti they all boring. Tp hati ni tergerak more to Ombak Rindu maklum la my febret artis ada kat situ haa…Maya Karin la plus dgn Aaron Aziz plak…fuuhhh super tiptop la jadinya. Tgk la esok mcm mn kalu ada tiket lg boleh tgk Ombak Rindu kalu tak pon Misteri Jalan Lama la..By  the way, selamat berhujung minggu untuk teman2 semua.


Ni ada sikit synopsis Ombak Rindu, nak cari novel kat Popular da abis huuuu..laku plak novel ni kan.
Synopsis:

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
 Layan je la yo cite ni nanti...




With LOVE NJH

0 NothingJustHappens: