BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 23, 2011

Season Greetings..hohoho merry christmas

Hari ini saya nak cerita sikit pasal krismas, pagi tadi dtg2 je keje, ada sampul surat kat atas meja ingat kad jemputan apa ntah, rupa2nya kad greeting season from colleagues, Dave and Terry, so sweet kan, wpon they all tau yg saya ni muslim but still bagi kad krismas, yg si Dave ok la coz dia sebelah aku je, lgpon dia duk sini maklum katanya this is my home(Malaysia), saya pernah tanya, tak balik UK ke sambut krismas…heheheok what as long dia selesa duk sini kan, yg si Terry nit u yg buat ahkak ni terharu dari UK tu dia kirim kad krismas, anyway thanks guys…tu la org kata org berbudi kita berbahasa,…tp yg peliknya bukan kita key g kena bg kad kpd org yg nk celebrate krismas ni da terbalik kot..hahaha org yg nk sambut tu la yg bg kad kat kita yer…

Apa2 pun saya ingin mengucapkan Merry Christmas to all my Christian friends, have a wonderful day ya…Ni la kad yg they all bg tu..hehhehe



With LOVE NJH 

Thursday, December 22, 2011

Bring Cheer in Their Lives!

Made my day, everyday as cheerful as my adorable children happiest.





With LOVE NJH

Monday, December 19, 2011

Feel love with this Korean drama...

Hari ni saya ingin berkongsi drama korea yg membuat kan saya tergila-gila hingga terbawa2 emosinya ke rumah, that’s is Thorn Birds semuanya ada 20 episod. 

Synopsis

This is the story of two women, Seo Jung Eun and Han Yoo Kyung, who walk very different paths to achieve their desires. Seo Jung Eun is a strong and courageous woman who has suffered a difficult life, having grown up in an orphanage, but continues to embrace people around her despite longing for affection herself. Jung Eun harbours the hope that she will meet her mother if she becomes a star, striving to reach her goal and overcome her suffering with her pure and innocent nature. In contrast, Han Yoo Kyung has a birth secret for which she is willing to throw away everything in order to get revenge. The "thorn birds" of the title refers to Jung Eun's character, who only brings out her best at the cost of great pain. A thorn bird is a mythical bird who searches for a thorn tree from the day it is born. When it finds it, the bird impales itself upon the sharpest thorn, and rises above the agony to sing the most beautiful song ever heard.
Jom sama2 kita tgk thru online..
http://www.mysoju.com/korean-drama/thorn-birds/


With LOVE NJH

Wednesday, December 14, 2011

Lepak2 with daughter di BJ, Mydin

Kalau tak p mana2 time weekend ni boring gak la, iye la kerja kat rumah da siap semua, ada je masa terluang sikit mesti nak tido, so nak mengelakkan rasa nak tido tu, kami anak beranak jalan2 la sambil2 cuci2 mata kat Bukit Jambul, tak jauh pon dari umah…


Selesai jalan2, drop by kat McD, makan burger and ice-krim. Pastu amik gambar kat patung ni haa..


Anak2 makin hari makin membesar ni, semakin la lasak. Payah betul nak suruh dok diam. Kalu pegi mana pun, dibantai nyer melompat dan berlari ke hulu ke hilir. Boleh pulak diorg baring tido lepas penat berlari kat bangku shopping mall ha... korang jangan buat malu mama ye nak, sok takda org nak pinang buat menantu sok tau!!!

With LOVE NJH


Monday, December 12, 2011

Ipoh - Lost World of Tambun

Mandi-manda…


This  time we all mandi kat Lost World of Tambun ni, last-last minit cuti sekolah org pun masyaAllah punya la ramai… Ingatkan kami dah sampai awal, rupanya ada org yg lagi awal..
Sesudah subuh je kami bertolak dr penang, bermalam kat hotel somewhere di Ipoh ni la. 20 minit je dr theme park ni.

Org terlalu ramai berkumpul kat luar sbb tak boleh masuk lagi, dalam pukul 10.30 pagi camtu baru start bg masuk. Mujur dapat tiket free kalu tak jenuh nk Q panjang oooo…Ingat pi awai-awai nak book pelampung takut habis. Coz dulu dah terkena pelampung abis haru je time tu… So kami pun masuk ja dlm t terus la serbu kat tempat pelampung. Alhamdulillah dpt 2, then siap belikan 2 pelampung kecik utk cekotek mama ni.

Tang naik river tu la paling best, kenkonon dok menyusuri sungai la dengan sampan. Ada satu corner tu mmg wave start dr situ, so bila sampai situ mcm aala-ala kena tsunami la..hehehehh syok wooo…terlambung-lambung jugak la kami yg besaq-besaq ni. Pantai pun best gak tp wave dia manja-manja gitu. Dok mendayung jugak kat situ sambil bawak cekotek mama ni haaa.


Dah puas mandi-manda ada jugak rides mcm Pirate ship, kapal pusing-pusing, buaian pusing-pusing. Cekotek mama boleh naik train dengan kuda pusing2 je, yg lain-lain dia takleh naik sbb tak cukup tinggisian del lo. Dah penat jenjalan, mandi manda, lepak plak nk mkn lapor giler..makanan tak byk pilihan and mahal sikit kot, rasa pon cm kureng skit la…kan bagus kalu allow bawa mknan..but its ok la tuk isi perut kan.


Dah lama rasanya tak enjoy mcm ni, so mmg rasa seronok sgt-sgt kali ni. Harap-harap lepas ni boleh la selalu jalan-jalan mcm ni lagi ye!!!








With LOVE NJH

Thursday, December 8, 2011

Terasa cinta kian pudar, usah sekali-kali menjauhkan diri..


PUDARNYA CINTA. KENAPA JADI BEGITU?


Mengapa cinta semakin pudar? Adakah susah untuk meraih semula cinta tersebut? Mungkin ini adalah jawapannya.
Ø      Bertemu dgn orang lain
Ø      Cuai menjaga hati
Ø      Bosan
Ø      Jarak semakin jauh
Ø      Tiada lagi persefahaman
Inilah penyebab cinta kita semakin pudar. So Kita kena kembalikan cinta yang pudar, kembalikan  sayang yang hilang, hangatkan semula perhubungan anda berdua dan kenangkan saat-saat bagaimana anda berdua bermula…

Justeru, bagaimana caranya??...
Ø      Berilah pujian-pujian kepada pasangan anda
Ø      Memberi bunga
Ø      Perlakukan dia seperti seorang puteri
Ø      Buat kejutan
Ø      Berpegang tangan
Ø      Tidur di hotel atau resort

Banyak lagi cara-cara untuk meraikan perhubungan yang telah sekian lama terjalin. Samada anda mahu atau tidak mahu je. Pasangan yang berjaya selalunya adalah pasangan yang sentiasa mahu berusaha untuk mengubah perhubungan mereka setiap masa agar sentiasa fresh & harmony. Are you that couple?
If you’re not, you have to start thinking to make a better life. Because if you just want to keep blaming other people, blaming life, and the world…you’re at lost of your own life.

With LOVE NJH

Wednesday, December 7, 2011

Fakta Menarik Mengenai Wanita

WANITA…

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika korang tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang korang tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri dari korang setelah korang tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika korang masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14. Jika korang menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali korang ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat dengan korang.
16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19. Kalau korang masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali melihat gambar bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25. Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadap korang.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
31. Wanita tak suka kalau lelaki buat sesuatu untuk pikat dia tapi bila dah dapat, macam hampeh dibuatnya.


With LOVE NJH
 

Guess the Object! Jade? Stone?

Hai semua,

Hanya nak berkongsi dengan kawan2 semua, ini ialah hasil selepas rakan sejawat sahabat saya buat membuang batu karang secara semula jadi. Geli memang geli..tapi untuk kesihatan kita kena tau jugak ye!!!!

Membuang batu karang secara semula jadi

Batu karang mungkin bukan kebimbangan semua pihak. Tetapi kita sepatutnya ambil perhatian. Kerana kita semua mempunyai batu karang. Lagipun, batu karang boleh membawa kepada kanser.
Kita semua mempunyai batu karang. Ia bergantung sama ada besar atau kecil, banyak atau sedikit. Satu daripada gejala-gejala batu karang ialah perut kembung selepas mengambil makanan berat. Juga mengalami susah atau tidak boleh menghadam makanan. Lebih serius, mungkin sakit merebak ke kawasan hati. Jadi, kita kena jaga kesihatan kita.

Berikutan kaedah membuang mereka secara semula jadi.

Untuk hari lima pertama, ambil empat gelas jus epal setiap hari. Atau makan 4 atau 5 biji epal, mana-mana la anda suka. Jus epal dapat melembutkan batu karang. Selepas itu, makan macam biasa.

Di hari keenam, kita tidak boleh mengambil makan malam. Pukul 6 pm, ambil Epsom Salt(magnesium sulfat) camca teh  dengan satu gelas air suam. Then, pukul 8 pm pun ambil Epsom Saly sekali lagi. Ini bertujuan untuk membuka saluran pundi hempedu.

Pukul 10 pm, ambil minyak zaitun
½ cawan (atau minyak bijan) dengan lemon segar ½ cawan  jus. Campurkan dan kacau hingga sebati dan minum. Minyak tersebut dapat melincirkan dan memudahkan laluan melalui tuttttttt....!!!!!! Pendek kata senang la yer... 

Keesokan pagi, anda akan menemui objek hijau keluar dari tutttttt!!!! anda. “Biasanya terapung, anda mungkin mahu mengiranya…hahahaha..eeeeuunwwww....”

Walaupun kita tidak mempunyai sebarang gejala-gejala batu karang, kita mungkin ada tapi sikit je kot. Tapi Ia bagus untuk membersihkan pundi hempedu kita sekali sekala. Malah penghadaman kita bakal semakin baik.




With LOVE NJH


Monday, December 5, 2011

Kelebihan dan Fadhilat Puasa Sunat Hari A’syura


Hari ‘Asyura iaitu 10 Muharram tahun ini jatuh pada hari Selasa bersamaan 6 Disember 2011. Pada hari Aasyura ini, umat Islam disunatkan untuk berpuasa kerana ianya adalah adalah sunnah muakkad, yaitu sunnah yang sangat dituntut dalam Islam.
Kelebihan berpuasa sunat pada Hari Asyura ini ialah Allah SWT akan menghapuskan dosa kita selama setahun. Ini merupakan salah satu Anugerah Allah SWT kepada kita sebagai hambanya yang sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Tambahan pula hidup dalam zaman sekarang ini, yang mana televisyen dan internet merupakan satu keperluan. Bila kita menonton sahaja television atau melayari internet, kita tidak akan terlepas daripada melihat perempuan yang mendedahkan aurat (Dah kira berdosa dah tu).
Kalau nak cerita bab dosa ini dah tidak dapat dielakkan pada zaman sekarang ini. Pergi sahaja mana-mana ada sahaja dosa yang menanti. Terlalu Sukar untuk kita mengelakkan diri daripada melakukan dosa pada setiap hari.
Jadi Hari Asyura merupakan salah satu hikmah daripada Allah SWT kepada hambanya sebagai sebab untuk mengampunkan dosa dan bertaubat.
Sempena Hari Asyura ini paling Afdal sebenarnya kita disunatkan untuk berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram tetapi jika tidak berupaya maka disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram dan jika tidak berupaya juga, maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram sahaja.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : ” Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.


AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

With Love NJH

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu vs Misteri Jalan Lama

Friday, December 02, 2011

Weekends come again. So cadang2 sabtu ni nak p tengok wayang la, maybe p QueensBay kot kat GSC tu haa…Mulanya nk tengok Misteri Jalan Lama, tut tut tut..ada plak Filem Ombak Rindu..konfius2 tak tau nk tengok mana satu, dua2 filem pon suka..takkan nk tengok2 in the same day kot..da p kena bwk anak2 mama ni..mesti they all boring. Tp hati ni tergerak more to Ombak Rindu maklum la my febret artis ada kat situ haa…Maya Karin la plus dgn Aaron Aziz plak…fuuhhh super tiptop la jadinya. Tgk la esok mcm mn kalu ada tiket lg boleh tgk Ombak Rindu kalu tak pon Misteri Jalan Lama la..By  the way, selamat berhujung minggu untuk teman2 semua.


Ni ada sikit synopsis Ombak Rindu, nak cari novel kat Popular da abis huuuu..laku plak novel ni kan.
Synopsis:

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
 Layan je la yo cite ni nanti...




With LOVE NJH

Thursday, December 1, 2011

Numerology

Thursday, December 01, 2011

 
How true is this?
IF you were born on the:
1st, 10th, 19th, 28th of any month you are number 1.
2nd, 11th, 20th, 29th of any month then you are number 2.
3rd, 12th, 21st, 30th of any month then you are number 3.
4th, 13th, 22nd, 31st of any month then you are Number 4.
5th, 14th, 23rd of any month then you are number 5.
6th, 15th, 24th of any month then you are number 6.
7th, 16th, 25th of any month then you are number 7.
8th, 17th, 26th of any month then you are number 8.
9th, 18th, 27th of any month then you are number 9. 

Number 1
You are smart, a straight talker, funny, stubborn, hardworking, honest, jealous on a competitive basis, kind hearted, temperamental, friendly, and popular. You always want to be on the top and most likely to be independent. You are most likely to fall in love at a young age, but will marry once you mature! You are likely to have problems with people who have opposite views and you are most likely to take revenge over your enemies in a long term basis. You are a spender, but you will have a good profession in the future. If you are guy you will be very popular. You can go anywhere from the local shop to the heart of the parliament because you are positive and talented in numerous areas. But in your life you will always have some people who will work hard to bring you & your name down. Because of your intelligence, some might hate you. You are a pioneer, independent & original. Your best match is 4, 6, 8 while a good match would be with 3, 5, 7.
 
Number 2
No matter what, everyone will love you because you are ruled by the Moon. You daydream a lot, you have a very low self-esteem, you need to have a backup for every move in your life, you are very unpredictable. You tend to change according to time and circumstances, selfish, have a very strong sense of musical and artistic talent and powerful verbal communication. You can be sweet as an angel and can be ruthless when double-crossed. Some might say you have a sixth sense. You will become a poet, writer, an artist or a businessperson. You are not strong in love, so your relationship will be in disarray until you settle down. If you are a girl, you will be responsible for your family. If you are a man, you tend to get involve in fights & arguments in the family. You will sacrifice your life for your family. You are gentle, intuitive with a broad vision. You make a well-balanced person. Your best match is 2, 7, 5, and 9. No other people can put up with you!!!
 
Number 3
You are hardhearted and selfish most of the time. You always tend to have lots of problems within your family in the early stages but you will be able to cope with everything. You seem to have your way in everything. And from birth you would always have to work hard to achieve anything you want. You always make a point to set examples on others, especially the younger ones. Generally you are not a cool person. It's not easy dealing with you. A tough player you are! But once you are comfortable with someone, it will be a lasting friendship. You always earn respect from others. Your like seems to have lots of worries and problems but they won't be for long. You will have brilliant kids! You love money a bit too much so temptation will push you to try endlessly. You will look after your family and help friends, so you will spend a life time just being generous and kind (except for men born on the 21st). You love your freedom, creative and ambitious, a person who brings beauty, hope & joy to this world!!!
Your best match 6 and 9. Good match 1, 3, and 5.
 
Number 4
You are very stubborn, very hard working but unlucky in important matters in life, very cool and helpful. You might repel people away from you, you may cause nuisance to others if you area man, as you are gifted with understanding other people's problems. If you are a girl, you excel in your studies and arts. If you are a guy you spend most of your time with girlfriends and you tend to have too much fun with your mates & girls. Your friends will spend your time & money and get on with their life and you will be left empty handed. So be careful! You love to spend. Your positive side is that you are always around to help family and friends. You always fall in love with those younger than you. You often live with disappointments but you will take good care of your family. You need to be careful of people who will take advantage of your kind heart (aha!). And beware of your relationships too. You are radical, patient, persistent, and a hit old-fashioned; you live with foundation & order. Your best match 1, 8. Good match 5, 6, and 7.
 
Number 5
You are very popular and you can get things done only by talking. Even to your enemies! You are business-minded and like to do things spontaneously. You will be famous if you get involved in any business. Your friends and families will always ask for your help, and you are the one actually with the money to help your friends. You will have more than one relationship, but when you settle down you tend to be selfish. You tend to go for other relationships - even if you are married at times because of your popularity. You tend to get along easily with anyone because the number is a middle number. You love freedom and changes. You learn your life through your personal experiences. Your best match 1, 2. Good match 6, 8.
 
Number 6
Ooopppss... You were born to enjoy! You don't care about others. I mean you always wanted to have a lifetime of enjoyment. You will excel in either education or business management! You are talented, kind (but with only people who you think are nice), and popular. All good things come easily to you. Your mind and body is just made perfect for love. You are loveable by any number. But if you are a number 6 man, you will be involved in more than a few relationships until you get married. If you are a girl, most of you will get married or engaged early. You are a caring person towards your family and friends. You are a person of compassion, comfort & fairness, domestic responsibility, good judgment, and after all you can heal this world's wounds to make peace for everyone because you have the great power and caring talent to take the world of love one step further. Your best match 7, 6, and 9. Good match 4, 5.
 
Number 7
You are realistic, confident, happy, and talented in education, music, art, singing, and most importantly in acting. You also have a bad temper! You value your family status a lot; you will be in the top rank when you reach a certain age. If you are a guy you are popular with girls. Most of the number 7s faces lots of problems with their married life. Only a few are happy. You have everything in your life but with worries throughout your lifetime. You need to get ready looking for a partner rather than waiting. If you don't, then you might end-up being single. You are born to contribute to everyone's joy. Your best match is 2. Good matches are 1, 4.
 
Number 8
You have a very strong personality and people will find it hard to understand you. You are more likely to suffer in your younger years. You might be also the one responsible to look out for your family. You often suffer all the way through life. You will learn life in a very practical way. You are the one who will fight for justice and may even die in the war too. You are normally very reserved with a handful of friends and most of the time, live life alone and always prepared to help others. However, once you settle down, (which is often late), then your bad lucks will disappear. You will face unexpected problems such as encountering poisonous animals, and accidents. You are highly- disciplined, persistence, and courageous, and it is your strength that will take you to success. You are a great part of a family team. You are a fighter! Your Best match 1, 4 and 8. Good match 5.
 
Number 9
You guys are the most incompatible people in the world. You are so strong, physically and mentally. You often have big-aims. You will work hard and will think it's still hard to get there, even if you already have gotten there! Normally you suffer in the early age from family problems and generally you will have to fight in life. You are respected by others. You were however very naughty in your childhood, and often got beaten up by your parents and had been involved in fights and you seemed to have suffered lots of injuries. But when you grow older you become calm and will fall into the quiet and dignified macho type. Love is not an easy matter for you. You are however good in engineering or banking jobs because people always trust you. Your family life is very good, but you will always worry over your children. Your finer qualities are that you are humanitarian, patient, very wise & compassionate. You are born to achieve targets and serve every one equally without any prejudice. You are a role model for everyone. Your best match 3, 5, 6, and 9. Good match 2.


With LOVE NJH



Tuesday, November 29, 2011

IT'S TIME FOR PESTA PULAU PINANG!

Isnin, 29 November 2011


Pesta Pulau Pinang kini kembali lagi di tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang pesta berlangsung dari 28 November 2011 sehingga 1 Januari 2012. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Pesta Pulau Pinang sempena musim cuti sekolah ini dimana, ibu bapa boleh membawa anak-anak berhibur dengan pelbagai hiburan yang disediakan di Taman Hiburan Euro Fun Park . Selain itu, pengunjung berpeluang membeli belah di gerai-gerai pelbagai jualan dan menikmati dan membeli pelbagai juadah dari penjual makanan dan minuman terkenal di Pulau Pinang. Pelbagai pertujukkan khas dan unik disediakan seperti pertujukkan gadis bersama ular, persembahan tayangan dan pameran 3D , konsert artis-artis terkenal tanahair serta persembahan kebudayaan pelbagai negara. Jangan lepaskan peluang anda untuk berhibur sambil membeli belah di Pesta Pulau Pinang 2011. Jom pi Pesta!
Tarikh : 28hb November 2011 - 1hb Januari 2012
Harga Tiket : RM 3.00 - Dewasa | RM 1.00 - Kanak-kanak
Masa Pesta : 6.00pm - 11.30pm 


PESTA 2011 KALI INI MEMBAWAKAN ARTIS-ARTIS UNTUK MENGHIBURKAN ANDA DI DEWAN TERBUKA ANTARANYA:

10/12/2011 - MEDITASI
17/12/2011 - BLACK MENTOR DAN 30 CENTS BAND
18/12/2011 - SIXTH SENSE
... 21/12/2011 - AISUNAM
22/12/2011 - KONSERT DANGDUT MAYA
24/12/2011 - KRISTAL
25/12/2011 - HAZAMA
26/12/2011 - ZAMANI SLAM
27/12/2011 - MAY
28/12/2011 - LEFTHANDED REUNION
29/12/2011 - XPDC
30/12/2011 - EZAD EXIST
31/12/2011 - KHALIFAH / SAKURA
01/01/2012 - RAJA LAWAK JAMBU DAN DARLING DANGDUT

(tertakluk kepada perubahan)
 P/S: Tak sabaq nak p, nak perhabis duit..hahaha..ingat2 membazir itu amalan syaitan!!...

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]



With LOVE NJH

Friday, November 25, 2011

Penang Beach Carnival 2011 – 27 November 2011

Friday, 25 November 2011


Semaikan Keharmonian dan kunjungi Karnival Pantai Pulau Pinang 2011. Karnival ini akan berlangsung pada 27 November 2011 (hari Ahad) di Persisiran Pantai Golden Sands Batu Ferringghi.  

Pelbagai sukan pantai yang pasti menarik bakal disertai oleh segenap lapisan masyarakat seawal jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.  



Antara acara-acaranya adalah seperti adventure zone, senamrobik pantai, battle of the bands, bungai rampai & inai, chingay, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, dondang sayang, pertandingan perahu naga, pertandingan memancing, pertandingan futsal pantai, gamelan, pertandingan jigsaw puzzle, tarian india, kabaddi pantai, pertunjukan layang-layang, pertandingan Mr. Beach Carnival, Opera Cina, pertandingan optimis & luncur air, pertandingan fotografi, tarian punjabi, pertandingan sand castle, skimboarding, sukan rakyat, pertandingan tarik tali, dan pertanding bola tampar pantai.

Pada malamnya, saksikan acara kemuncak seperti Pertandingan Bot Berhias dan persembahan kebudayaan.

Tak sabar rasanya nak p sana jom la pakat p ramai2 mengegarkan kanival ni, bukan selalu ada pon event cenggini..so miss out…bring along your family, friends, colleagues and others. See you there!!!

Senarai aturcara-aturcara seperti berikut:
1. Beach Kabaddi Competition 7.30 am to 6.00 pm
2. Beach Aerobic 8.00 am to 9.00 am
3. Sandcastle Competition 8.00 am to 9.30 am
4. Beach Futsal Competition 8.00 am to 6.00 pm
5. Beach Volleyball Competition 8.00 am to 6.00 pm
6. Tug of War 8.00 am to 12.00 pm
7. Photography Competition 8.00 am to 10.00 pm
8. Beach Yoga Session [Please bring your own mat] 9.00 am to 10.00 am
9. Fun Fishing Competition 9.00 am to 1.00 pm
10. Mr Penang Beach Carnival 2011 9.00 am to 2.00 pm
11. Golden Sands Resort Adventure Zone
[special rate of RM10 per hour]  – 9.00 am to 7.00 pm
12. Colouring Contest 10.00 am to 12.00 pm
13. Jigsaw Puzzle Competition 10.00 am to 12.00 pm
14. Optimist and Windsurfing Competition 10.00 am to 1.00 pm
15. Dragon Boat Race 10.00 am to 1.00 pm
16. Sukan Rakyat Booth [Traditional games] 10.00 am to 6.00 pm
17. Skimboarding Competition 10.00 am to 6.00 pm
18. Bunga Rampai [traditional Malay potpourri],
Inai & Mehndi Art [malay and indian henna art] 10.00 am to 6.00 pm
19. Kite Fying Show 10.00 am to 10.00 pm
20. Eastin Challenge Trophy Cooking Competition 2011 11.00 am to 6.30 pm
21. Chingay Performance 5.00 pm to 6.00 pm
22. Baba & Nyonya performance 5.00 pm to 8.00 pm
23. Indian Dance Performance 5.00 pm to 8.00 pm
24. Chinese Opera Performance 5.00 pm to 8.00 pm
25. Punjabi Dance performance 5.00 pm to 8.00 pm
26. Decorated Boats Competition 8.30 pm to 10.30 pm


Keterangan Lanjut, call 04 – 659 3713/4/5.


Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun borang pendaftaran. Jangan lupa untuk menyerahkan borang itu kepada pihak pentadbiran dan penyelaras akan menghubungi anda.


With LOVE NJH

Thursday, November 24, 2011

CERITA TENTANG KERETA


Thursday, 24 November 2011

Memandangkan ahli keluarga dah bertambah cadang2 nak beli kete yang beso la sikit, al maklum la anak2 da besar, ruang pun kena luas, tak nak bersempit2..kdg2 tu they all sampai bgaduh berebut tempat duduk, cadang2 nk beli MPV kot..hahaha mampu ke..hhuhuhu..insyallah…tapi maybe MPV yang murah sikit kot..harap2 tahun depan dapat la…

With LOVE NJH

Wednesday, November 23, 2011

Cerita Kami :-)

Wednesday, 23 November 2011

Kalau hari cuti je kami anak beranak selalunya keluar la jalan2 saje nak hiburkan hati anak2 dan diri sendiri setelah penat keje la. Kami ni tak plan kalu nk p mana2 pon kalu nmpk je tempat ramai org ke, tempat cantik ke tenang ke, so slalunya we drop by je..sambil2 menikmati udara segar..cheewaaahhh…

So this the result :-)

Queensbay






Pelabuhan (dekat2 Jeti Penang)..Naik Kapal Logos Hope






Padang Kota Nite






With LOVE NJH