Isnin, 29 November 2011
Pesta Pulau Pinang kini kembali lagi di tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang pesta berlangsung dari 28 November 2011 sehingga 1 Januari 2012. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Pesta Pulau Pinang sempena musim cuti sekolah ini dimana, ibu bapa boleh membawa anak-anak berhibur dengan pelbagai hiburan yang disediakan di Taman Hiburan Euro Fun Park . Selain itu, pengunjung berpeluang membeli belah di gerai-gerai pelbagai jualan dan menikmati dan membeli pelbagai juadah dari penjual makanan dan minuman terkenal di Pulau Pinang. Pelbagai pertujukkan khas dan unik disediakan seperti pertujukkan gadis bersama ular, persembahan tayangan dan pameran 3D , konsert artis-artis terkenal tanahair serta persembahan kebudayaan pelbagai negara. Jangan lepaskan peluang anda untuk berhibur sambil membeli belah di Pesta Pulau Pinang 2011. Jom pi Pesta!
Tarikh : 28hb November 2011 - 1hb Januari 2012Harga Tiket : RM 3.00 - Dewasa | RM 1.00 - Kanak-kanak
Masa Pesta : 6.00pm - 11.30pm
... 21/12/2011 - AISUNAM
22/12/2011 - KONSERT DANGDUT MAYA
24/12/2011 - KRISTAL
25/12/2011 - HAZAMA
26/12/2011 - ZAMANI SLAM
27/12/2011 - MAY
28/12/2011 - LEFTHANDED REUNION
29/12/2011 - XPDC
30/12/2011 - EZAD EXIST
31/12/2011 - KHALIFAH / SAKURA
01/01/2012 - RAJA LAWAK JAMBU DAN DARLING DANGDUT
(tertakluk kepada perubahan)
P/S: Tak sabaq nak p, nak perhabis duit..hahaha..ingat2 membazir itu amalan syaitan!!...Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
With LOVE NJH




0 NothingJustHappens:
Post a Comment