BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 15, 2012

Happy 7th. Anniversary to us!

 Selamat ulang tahun perkahwinan untuk kita!!!
 

Hari ni adalah hari ulang perkahwinan kami. Tetapi malangnya en. Suami plak kena admitted to hospital, so tak dapat la nk celebrate and will be postponed to another day. Dah 2 hari masuk spital, ulang 2 hari tu la ulang alik p hospital, balik keje je pick up my beloved daughter then go to hospital. Penat gak la, but this is responsibility. Hope en suami cepat sembuh dan sihat walafiat.

Ada juga berangan-angan nak keluar makan bersama-sama tapi akhirnya angan-angan tinggal angan-angan saja. Tunggu en suami sihat bebenor. So jwbnya di rumah lebih selesa. Ulang tahun kali ni memang biasa aje, tiada yang luar biasa. Tapi bagi saya, menyambutnya tidaklah penting. Yang penting ialah ingatan di antara kami berdua.

7 tahun hidup berdua bersama anak tercinta terasa seperti baru semalam kami dinikahkan, terasa jgk baru semalam saya mengandungkan anak saya selama 9 bulan dan bersalin, proud to be mom. Wpon selama 7 tahun berkahwin, masih ada perkara yang kabur tentang en suami dan mungkin juga dia pun begitu juga terhadap saya. Org kata mungkin 7 tahun itu satu tempoh masa yg lama tapi sbnrnya bagi saya tak lama mana pon. 7 tahun yang penuh pengalaman dan pengajaran. Ada yang sangat terkesan di hati hinggakan bila teringat kadang2 bibir mengukir senyuman dan ada kalanya mata berair tanpa sedar. Pendek kata suka duka derita semua dalam ingatan.

Semoga Allah tetap tautkan hati-hati kami di atas nama-Nya dalam meneruskan kembara hidup ini sebagai suami isteri. Selagi diri disayangi dan dihargai, apa saja ujian yang datang akan kami harungi dan lalui. Kerana, kami yakin Allah sentiasa ada bersama untuk melindungi, membimbing dan mendorong kami menjalankan amanah sebagai hambaNya di muka bumi ini. Amin.


With LOVE 

0 NothingJustHappens: